? ??????????????Emo Stuff? ????? ?? ???Rating: 4.8 (27 Ratings)??19 Grabs Today. 4955 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ??????????????????????????????? ??????Argyle Solutions? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??14 Grabs Today. 1210 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get t BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, October 13, 2009

Orang Kurang Upaya (OKU)

Malaysia merupakan sebuah Negara membangun yang sangat menitikberatkan kebajikan rakyatnya, terutama ke atas golongan orang kurang upaya. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2007, " Orang Kurang Upaya" (OKU) boleh didefinisikan sebagai “ Mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat ”.

Selain itu, orang kurang upaya (OKU) juga boleh didefinisikan sebagai ”Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan semasa dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu”.

Terdapat beberapa kategori orang kurang upaya (OKU) yang didaftarkan termasuklah Kurang Upaya dari segi Pendengaran, Penglihatan, Fizikal, Cerebral Palsy, menghadapi Masalah dari segi Pembelajaran, Down' SyndromeAutisma dan sebagainya. Golongan ini juga hendaklah mendaftarkan keahlian dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membolehkan golongan ini mendapat hak keistimewaan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Antaranya ialah bagi pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), mereka diberi elaun khas dengan kadar sebayaran sebanyak RM300 sebulan dan bayaran akan dibuat sekali dalam satu semester. Selain itu, golongan OKU turut mendapat kemudahan dari segi Pengangkutan Awam, Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan, Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya, Kemudahan Peluang Pekerjaan di sektor Awam dan Swasta, Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan, Kemudahan Membeli Kereta Dan Motorsikal Nasional, Pencen Terbitan dan lain-lain lagi.

Mengikut Dasar Kebajikan Masyarakat Negara, Perkhidmatan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) merangkumi "Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka (Orang Kurang Upaya) untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia manghadapi keadaan sosial semasa."

Di samping itu, kerajaan juga menyediakan beberapa pusat perlindungan bagi golongan OKU. Antaranya ialah YOKUK ( Kelantan ), Taman Sinar Harapan (TSH), Pusat Latihan Perinsustrian dan Pemulihan Bangi (PPLPP), Bengkel Daya, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Rumah Kelompok, Pusat Pemulihan Samarahan dan
POKUAT (Terengganu).

Sebagai kesimpulannya, kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang yang besar dalam membela nasib golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan memberi keselesaan yang sewajarnya dalam membolehkan golongan ini meneruskan kehidupan seharian.

Saturday, October 10, 2009

Latihan Berasaskan Teori Tingkahlaku

Tujuan : untuk meningkatkan kefungsian sosial individu, pasangan, keluarga dan organisasi bagi menolong mereka belajar tingkahlaku baru dan jalan untuk menghapuskan masalah dalam tingkahlaku.


Aplikasi : mestilah mengkhususkan dan mengoperasikan maksud tingkahlaku samaada perlu untuk ditambahkan atau dikurangkan dalam kekerapan, jangkamasa dan kesungguhan. Juga samaada klien atau pekerja sosial mestilah boleh untuk mengawal akibat yang mengikut jangkaan tingkahlaku untuk berubah. Cara ini boleh digunakan dengan ketidakrelaan klien jika pekerja sosial berupaya untuk memonitor kelakuan klien dengan rapat dan kuasa untuk peruntukkan ganjaran kepada klien. Ia adalah kurang dapat diterapkan bila prihatin dan masalah klien utamanya melibatkan membuat keputusan, konflik nilai dan memutarbelitkan pemikiran.


Huraian : ia adalah mengenai tingkahlaku manusia, dan kadang-kadang juga reaksi emosi, hasil dari proses pembelajaran dan manusia biasanya akan mengulangi kelakuan yang memberikan ganjaran dan elakkan kelakuan yang tidak dapat ganjaran ataupun dihukum. Dalam erti kata lain, bagaimana manusia berkelakuan dan fungsinya terbentuk dan terjenis oleh akibatnya atau pengalamannya. Teori ini juga menerangkan bahawa kedua-dua kefungsian (kesihatan) kelakuan dan psikopatologi adalah dipelajari dalam asas yang sama.

Contohnya adalah seorang ibu tunggal yang sudah tiada semangat untuk meneruskan kehidupan dengan seorang pekerja sosial yang sentiasa sedia membantu. Iaitu dimana pekerja sosial tersebut dengan secara automatiknya memainkan peranan beliau untuk membentuk kliennya itu dengan memberikan alternatif perubahan tingkahlakunya kepada yang baru dan sama-sama mencari penyelesaiannya. Contohnya dengan menyuruh kliennya itu berubah menjadi seseorang yang lebih yakin dan gigih berusaha samaada suka ataupun tidak demi kejayaan hidupnya sendiri. Apabila sudah nampak akan semangat kliennya itu untuk emeruskan hidup dengan lebih jayanya, maka pekerja sosial itu akan memberikannya sedikit ganjaran seperti mencarikan sumber-sumber tempat untuk bekerja, mencari modal membuat pinjaman perniagaan dan sebagainya lagi. Ini barulah dikatakan sebagai pekerja sosial tersebut mampu untuk memonitor kelakuan kliennya supaya berubah menjadi lebih baik untuk meningkatkan kefungsian sosial mereka, malahan turut memberikan ganjaran diatas usaha gigih mereka itu.

Tuesday, October 6, 2009

Statistik rampasan dibawah akta dadah berbahaya 1992 & akta racun 1952

Jenis Dadah

Ecstacy (Kg)
1998 - 0.00

1999 - 0.00
2000- 5.81
2001- 31.85
2002- 68.99
2003- 68.18
2004- 34.95
2005- 94.51
2006- 13.05
2007- 167.55

Ecstacy (Biji)
1998 - 7,191

1999- 46,970
2000- 48,996
2001- 224,684
2002- 166,344
2003- 209,279
2004- 103,894.5
2005- 114,887
2006- 252,231
2007- 151,211

Berdasarkan jadual statistik diatas, ini menunjukkan bahawa semakin banyak bilangan pil-pil khayal yang diseludup dan dibawa masuk ke negara kita ini. makin banyak pengeluaran pil-pil ini, maka makin ramailah bilangan anak-anak muda kita yang terlibat dengan pil-pil khayal ini.
Berbagai cara mereka boleh dapatkan bekalan pil-pil ini. Contohnya dari rakan sebaya, pengedar- pengedar pil di kelab malam dan sebagainya lagi.

Mungkin bagi permulaannya anak-anak remaja kini hanya berjinak-jinak dengan pil-pil khayal sahaja, kemudian beralih kepada yang lebih besar dan bahaya iaitu dadah. Ini adalah pada kelazimannya, samalah juga kepada yang mula-mula belajar merokok, kemudian hidu gam dan seterusnya. Oleh itu, tahun demi tahun, makin meningkat bilangan belia negara yang terlibat dengan gejala-gejala yang tidak berfaedah ini dan terus menjadi barah dalam masyarakat kita.

Oleh itu, tidak hairanlah jika kini semakin banyak gejala masalah sosial yang berlaku di negara kita. Ini semua adalah kerana masalah-masalah seperti pil-pil khayal inilah. Tanpa kita sedari, inilah yang menyebabkan kesan-kesan buruk seperti gejala ponteng sekolah, mencuri, dan bermacam-macam lagi.