? ??????????????Emo Stuff? ????? ?? ???Rating: 4.8 (27 Ratings)??19 Grabs Today. 4955 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ??????????????????????????????? ??????Argyle Solutions? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??14 Grabs Today. 1210 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get t BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, September 10, 2009

Cabaran kebajikan sosial hari ini dan masa depan.

Menurut Midgley (1997), kebajikan sosial adalah satu sistem yang mempunyai pelbagai perkhidmatan sosial yang tujuannya adalah untuk membantu masyarakat meningkatkan kualiti hidup yang lebih sejahtera. Manakala, Zastrow (2000) pula mengatakan bahawa kebajikan sosial adalah suatu usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan, sejahtera, baik dari segi fizikal, mental dan juga sosial. Oleh itu, secara keseluruhannya kebajikan sosial dapat ditakrifkan sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup individu dan keluarga, kumpulan dan juga komuniti.

Antara cabaran-cabaran kebajikan sosial pada hari ini dan masa depan adalah mentaliti pemikiran masyarakat itu sendiri. Jika masih wujud masyarakat yang tidak mahu mengubah nasib mereka sendiri, bagaimana nasib mereka itu akan berubah. Kebanyakan golongan mereka yang memerlukan ini, hanya tahu berpeluk tubuh dengan mengharapkan bantuan kebajikan sahaja. Tidak mahu untuk mengubah nasib mereka kepada yang lebih baik dengan usaha sendiri sedangkan peluang itu ada. Jika persperktif ini tidak berubah, maka ini adalah cabaran yang paling besar kepada kebajikan sosial pada hari ini dan masa depan.

Kemudian, antara cabaran-cabaran kebajikan sosial pada hari ini dan masa depan yang seterusnya adalah peranan pihak kerajaan itu sendiri bagi menggalakkan aktiviti pembangunan masyarakat dan perkhidmatan sosial. Sokongan ini adalah penting bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan membantu golongan yang memerlukan agar tidak dipinggirkan serta tercicir sejajar dengan pembangunan sosioekonomi Negara.

Kemudian, antara cabaran-cabaran kebajikan sosial pada hari ini dan masa depan yang seterusnya adalah peranan pekerja sosial itu sendiri bagi meningkatkan kesejahteraan hidup golongan yang memerlukan. Jika setiap ahli pekerja sosial itu menjalankan tugas masing-masing, pastinya matlamat kebajikan sosial itu akan tercapai. Bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau sebagainya.

0 comments: