? ??????????????Emo Stuff? ????? ?? ???Rating: 4.8 (27 Ratings)??19 Grabs Today. 4955 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ??????????????????????????????? ??????Argyle Solutions? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??14 Grabs Today. 1210 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get t BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, July 27, 2009

Nilai dan Etika Dalam Kerja Sosial

1) Komitment
- Setiap seseorang pekerja sosial haruslah mempunyai komitment yang tinggi kepada kepentingan klien masing-masing. Tidak kiralah dengan siapa kita bekerja, samaada individu, keluarga, kumpulan mahupun komuniti. Nilai komitment ini amatlah penting terutama sekali apabila seseorang pekerja sosial itu berurusan dan bekerja dengan individu atau kumpulan yang agak dipinggirkan dalam masyarakat.



2) Kerahsiaan
- Nilai atau etika yang paling penting yang mesti dijaga oleh seseorang pekerja sosial adalah menghargai hubungan kerahsiaan dengan klien. Ini adalah kerana, para pekerja sosial perlu ingat bahawa setiap klien yang berurusan dan datang berjumpa dengan anda, pastinya mereka mempunyai masalah peribadi mereka sendiri. Pastinya semua klien yang bercerita tentang perkara yang menjadi punca permasalahan mereka ini, tidak mahu masalah mereka didedahkan kepada orang lain dan mengaibkan diri mereka sendiri.



3) Profesional
- Iaitu dengan memisahkan perasaan peribadi dengan perhubungan profesional. Sepanjang tempoh berkerja atau membuat hubungan profesional dengan klien, para pekerja sosial harus berusaha untuk tidak mencampurkan perasaan peribadi dengan hubungan profesional dengan klien. Jika proses hubungan profesional sudah betul-betul tamat dan tiada hubungan profesional lagi, barulah mereka yang terlibat ini boleh menjalankan hubungan peribadi.



4) Kongsi Pengetahuan dan Kemahiran
- Atau lebih tepat lagi disebut sebagai seorang yang tidak “kedekut ilmu”. Ini bermakna setiap seorang pekerja sosial haruslah sentiasa bersedia untuk berkongsikan pengetahuan dan kemahiran anda kepada klien, seandainya dengan perkongsian tersebut akan dapat meningkatkan peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.


5) Hargai perbezaan
- Setiap seseorang pekerja sosial haruslah mempunyai sikap yang sentiasa menghargai perbezaan yang wujud di kalangan klien-klien anda. Tidak perlulah untuk prejudis dengan mana-mana jantina, bangsa, agama, budaya dan sebagainya. Terapkan semangat “satu Malaysia” dalam diri anda. Anda harus melihat bahawa setiap klien mempunyai kepentingan dan nilai mereka tersendiri.



6) Tingkatkan Keupayaan Klien
- Setiap seseorang pekerja sosial haruslah sentiasa berfikir untuk cuba berusaha meningkatkan keupayaan klien untuk lebih berjaya, atau meningkatkan kesedaran klien untuk menolong diri mereka sendiri. Ini adalah kerana, kebiasaannya klien yang datang berjumpa dengan anda ini adalah terlalu kasihan dan terlalu mengharap atau bergantungan.



7) Perubahan sosial
- Setiap seseorang pekerja sosial haruslah sentiasa menanamkan perasaan untuk memperbaiki kehidupan sosial setiap individu dalam masyarakat, tidak kiralah samaada mereka ini adalah klien anda ataupun tidak. Contoh memperbaiki kehidupan sosial adalah dari segi pendidikan, kesihatan, tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap.



8) Keadilan Sosial dan Kesejahteraan Ekonomi
- Setiap seseorang pekerja sosial haruslah sentiasa memberikan komitment yang tinggi terhadap keadilan sosial dan kesejahteraan ekonomi semua ahli masyarakat tidak kiralah dari kaum atau bangsa mana sekalipun. Mungkin dalam keadaan tertentu anda akan berhadapan dengan keputusan klien yang boleh menjejaskan ahli masyarakat lain, contoh seperti mangsa buli yang ingin buli balik. Mungkin apabila berada dalam keadaan sebegini, anda perlu mengambil tindakan dengan melibatkan pihak ketiga dan melanggar nilai hubungan kerahsiaan dan sebagainya.

0 comments: