? ??????????????Emo Stuff? ????? ?? ???Rating: 4.8 (27 Ratings)??19 Grabs Today. 4955 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ??????????????????????????????? ??????Argyle Solutions? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??14 Grabs Today. 1210 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get t BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 4, 2009

Fasilitator Yang Baik

'Pemudah cara atau fasilitator bermaksud menjadikan sesuatu supaya jadi mudah. Memudah cara juga bermaksud menggalakkan individu lain berusaha dan mengawal bagi mencapai sesuatu. Proses memudah cara memerlukan kemahiran kepemimpinan dalam pencerapan klinikal, menimbulkan persoalan, bertindak, membuat ulang kaji, menerima pakai pendapat dan menganalisis maklumat.' (Hashim Fauzy: 2000).

Fasilitator atau pemudah cara adalah seorang insan yang istimewa yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab menjalankan tugasnya dengan rajin dan amanah. Dia mampu berinteraksi dengan baik dan berfikiran terbuka serta peka terhadap sebarang perubahan peribadi dan reaksi.

Fasilitator atau pemudah cara adalah seorang insan yang istimewa yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab menjalankan tugasnya dengan rajin dan amanah. Keprihatinannya juga sangat tinggi. Dia memerhati dan menganalisis setiap perbuatan dan tingkah laku ahli kumpulannya. Dia mampu berinteraksi dengan baik dan berfikiran terbuka dan peka terhadap sebarang perubahan peribadi dan reaksi. Dia pandai melayan kumpulannya. Melalui air mukanya dan gayanya dia sentiasa menggalakkan kliennya supaya terus bercerita dengan cara bersahaja.

Antara ciri-ciri fasilitator yang baik adalah:-

1) Pemangkin
Pemudah cara atau fasilitator akan bertindak sebagai pemangkin dalam proses kumpulan. Dia menjadi penggerak, merangsang dan mendorong kumpulan yang ditanganinya. Sesiapa pun boleh menjadi seorang fasilitator asal saja dia komited dengan tugasnya. Umur atau usia bukan ukuran, begitu juga dengan jantina dan kelulusannya. Perkara yang penting ialah, seorang fasilitator sudah dilatih dengan selok-belok kefasilitatoran. Terdapat ramai fasilitator lelaki dan wanita yang baik. Ciri-ciri sebagai seorang fasilitator yang berkesan harus dimiliki oleh seorang fasilitator yang berwibawa.


2) Kemahiran Komunikasi
Kemahiran komunikasi diumpamakan seperti minyak pelincir. Membentuk gelungan komunikasi dalam perbincangan akan mencetuskan suasana perbincangan yang lebih terbuka, mesra dan berterus-terang kerana mesej dapat difahami dengan jelas.

3) Kemahiran Mendengar
Fasilitator juga wajar membentuk kemahiran mendengar dalam proses melayan di samping bijak mengenal pasti isu dan memberi maklum balas. Antara panduan mendengar ialah mendengar secara aktif, menggunakan pertembungan mata, dengar pada semua orang dan tidak takut meminta penjelasan atau bertanya.

4) Pandai Mengurus Emosi
Selain kemahiran komunikasi, seorang fasilitator yang bijak dan matang mampu mengawal dan menguruskan emosinya. Justeru itu, fasilitator harus meningkatkan kecerdasan emosi bagi membina ketajaman berfikir, menilai diri dan memperkaya daya juang.

0 comments: