? ??????????????Emo Stuff? ????? ?? ???Rating: 4.8 (27 Ratings)??19 Grabs Today. 4955 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ??????????????????????????????? ??????Argyle Solutions? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??14 Grabs Today. 1210 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get t BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 4, 2009

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Kebajikan sosial dalam konteks “Satu Malaysia”


“Satu Malaysia” adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dalam erti kata lain, “Satu Malaysia” digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Manakala menurut Skidmore (1997:3) pula, kebajikan sosial adalah sebagai satu sistem perkhidmatan sosial dan institusi yang tersusun dan terancang, direka untuk membantu individu dan kumpulan untuk mencapai taraf kualiti hidup yang standard, memperbaiki hubungan sosial dan perseorangan yang akhirnya membolehkan mereka membina kapasiti dan meningkatkan kesejahteraan hidup yang harmoni berdasarkan kepada keperluan keluarga dan masyarakat. Ini bermakna, kebajikan sosial dalam konteks Satu Malaysia akan bakal terlaksana sekiranya dapat menyatupadukan dan bersikap adil kepada semua masyarakat berbilang kaum di Negara ini, kemudian berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri untuk membantu antara satu sama lain meningkatkan taraf kualiti hidup masing-masing, meningkatkan kefungsian sosial dan hidup aman harmoni. Ini dipanggil “keadilan sosial”, yang bermaksud semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza .Selain itu, Satu Malaysia juga bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. Iaitu dengan mengamalkan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Oleh itu, jika ini terlaksana, maka diharapkan kebajikan rakyat Satu Malaysia dari segi punca pendapatan, tempat tinggal, taraf pendidikan, taraf kesihatan, keselamatan awam, dan taraf kualiti hidup yang lebih baik akan tercapai hendaknya.

0 comments: