? ??????????????Emo Stuff? ????? ?? ???Rating: 4.8 (27 Ratings)??19 Grabs Today. 4955 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ??????????????????????????????? ??????Argyle Solutions? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??14 Grabs Today. 1210 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get t BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, September 10, 2009

Mengapa manusia bermasalah?

Antara salah satu faktor yang telah menyebabkan manusia bermasalah adalah genetik. Genetik juga dipanggil sebagai mewarisi keturunan ataupun kebakaan keluarga kita. Tidak kiralah mewarisi genetik dari keluarga sebelah ibu ataupun ayah, atau mungkin juga kedua-duanya sekali. Genetik ini mungkin dari segi mewarisi saiz badan, jenis rambut, tingkahlaku, kepandaian dan sebagainya lagi.

Bagi manusia yang bermasalah seperti penagih dadah, ketagihan alkohol dan sebagainya, mungkin berkaitan dengan ibu mereka semasa mengandung. Ini adalah kerana, kajian-kajian sebelum ini telah membuktikan bahawa ada ibu mengandung yang ketagih dengan alkohol dan dadah telah melahirkan anak yang ketagihan juga. Hinggakan ada yang sejak dari bayi lagi memerlukan semua itu untuk terus hidup kerana telah diajar makan semua benda alah itu sejak dari dalam perut lagi. Malahan ada juga masyarakat sekarang yang cacat kerana dahulu ibunya merokok, minum alcohol dan sebagainya. Akibatnya sekarang, anak-anak ini ada diantaranya penagih dadah, ketagihan ganja, cacat yang bermasalah dan sebagainya.

Manusia juga bermasalah kerana ibu bapa mereka. Setiap anak pastinya akan mengikut sikap ibu bapa mereka walaupun hanya sedikit. Bak kata pepatah, “manakan tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi”. Jika dulu ibu bapa pernah menjadi seorang perompak, pembunuh, perogol dan sebagainya, tidak mustahil anak-anak juga akan menjadi seperti mereka. Ini adalah realitinya walaupun hanya segelintir, tetapi ia menunjukkan bahawa pepatah Melayu “bapa borek, anak rintik” ini adalah betul.



0 comments: